Saturday, September 29, 2012

Hey Hey, pernah ker, Allah tak tolong?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wastaghfiruh waridhwanuh


Sungguh gila penduduk-penduduk dunia yang bakal hancur ini, mereka meratib bagai si gila, jika ada yang dia mahukan *result exam yang beterbangan warnanya, atau isteri yang best dan osem, hoyeah!!*, menjadi hamba yang saban hari meminta sesungguhnya kepada Allah... Dan bila yang dia mahu itu, sudah digenggaman, yang disembah itu telah hilang dalam kesibukan dunia mereka, tenggelam di balik berhala-berhala *games, movies, tb, drama korea, dan macam2* yang mereka habiskan masa dengannya, Allah telah hilang sehingga waktu ada lagi yang mereka mahu... Gila, mereka menghambakan tuhan mereka, dan menjadi hamba kepada yang bukan-bukan... Gulp

Hati tersentap

Sebaknya dada ini, kerana aku juga seorang dari mereka...

****

Berhabuk jugaklah blog ni, tak berupdate dengan jeritan-jeritan gila aku yang serba gila ini. Al-maklumlah, telah disibukkan dengan buku-buku yang perlu dibaca, memandangkan dah 4th year *I want to be an excellent Muslim Doctor, Hoyeah!!* ... Begitulah hidup, dalam masa 24 jam, kita kena pilih priority kita, kan? Kerana ada karat-karat kecintaan pada hiburan, aku lagi memilih untuk mengisi masa terlapang dengan menonton anime, baca manga, tengok citer korea, daripada meluangkan dengan hobby aku yang osem ni, MENULIS... 

Astaghfirullahalazim... But worry not, I will from now on, writing everyday, Insyallah ^^ HoYeah~~~

Dan minggu ini, ada external stress, iaitu, ketidak-cukupan duit poket... Nak dijadikan cerita, bulan ni, aku telah menggunakan sebahagian besar elaun membayar hutang-piutang. *FYI, aku seorang big spender (baca: Pebelanja Besar) dan baru-baru ini mendapat kesedaran, erti berjimat-cermat dan pentingnya mengutamakan membayar hutang*

Memanglah minggu ni menyeksakan, hidup dengan duit syiling aje.. Nak mintak duit kat family, baru je mintak, *dalam seminggu lebih dah habis dah rm200 yang akak n abang bagi, dahsyat giler, + kene beli helmet baru -_-* so ada rasa segan di situ, untuk mintak lagi (tapi akhirnya ku tebalkan muka mintak lagi dengan akak yang terchenta walaupun bernanah telinga kena lecture fekah berjimat-cermat)...

So, lama jugaklah tak ada duit, ingat Mara akan bank-in duit hari Jumaat lepas, tapi sayangnya, andaian aku sungguh tidak tepat... Dekat dengan beberapa hari jugaklah makan maggi *nasib baik ade lagi ayam kat dalam peti, xlah kosong sangat maggi tu...hihihi*

Sampai satu tahap, aku lupa yang Allah ada, padahal hari-hari sebelum ni, memang aku senangkan diri aku, yang Allah ada... Ada je makanan yang boleh makan, insyallah tak kebulur, tapi syaitan memang pandai pusing-pusing sampai lah terkesan jugak jiwa ni... Maka, terganggulah hidup ini, menjadi seekor zombi yang dalam kepalanya hanya tahu 'Mana duit?~~~ Mana duit?'.... 

Tapi alhamdulillah, selama sampai hari ni, hidup dengan duit syiling ni, belum pernah kena gastrik, dan yang paling best, I'm slimmer, hoyeah!!

Alhamdulillah, akhirnya, akak pun dah bank-in duit, dan insyallah esok Mara pun akan bank-in kan duit lagi.... Ihik ihik..

Bila difikirkan balik, dalam kehidupan ni, pernah ke Allah tak tolong kita? Untuk hidup aku, yang pernah at pit of sorrow, dan jugak at the peak of happiness, tak pernah Allah tak menolong aku menghadapi kesusahan ini... Jadi, kenapa aku perlu fikirkan tentang masalah-masalah tu? Masalah tu datang, dan Allah akan halau pergi jugak, kan? So kenapa perlu fokuskan kepada masalah tu, dan mengkusutkan diri dengan masalah-masalah tu, sedang ia pasti akan berlalu. Kan? Kan?

Wallahualam...

Pernah tak korang waktu belajar dulu, ade benda yang korang tak faham, benak gile even cikgu ajar banyak kali pun, tak juga nak faham?... Tapi, bila masa berlalu, benda yang korang tak faham tu, tiba-tiba jadi faham jugak, kadang2 idea untuk faham tu, 'tup' datang tiba-tiba entah dari mane, pernah tak?



Alhamdulillah wastaghfirullah


2 comments:

  1. big spender,

    berjimat cermat amalan mulia...hikhok..

    ReplyDelete
  2. "Gila, mereka menghambakan tuhan mereka"

    sentap. Ya Allah, kadang2 mocha pun macam tu. :'(

    ReplyDelete