Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhwamagfiratuhwaridhwanuh
Ku ikat segalanya ke Allah. Jikalah bisa aku sentiasa mengawalnya, setiap hela nafas ini hanya ke Allah, setiap saat fikiranku ini ke Allah. Ku ikatkan segalanya ke Allah.
Solatku, ibadah-ibadahku telah ku redha persembahkan kepada Allah. Kalaulah bisa, ingin aku solat sentiasa sesempurnanya, seolah-olah kalimah-kalimah cinta dalam solatku itu adalah bisikan-bisikan rinduku ke Allah.
Dan hidupku ini cuma ke Allah, setiap sesuatu tergerak hanya kerna aku ingin rahmatnya dia. Dan aku ingin membenci segala perkara yang menjauhi aku dari Dia, yang memesongkan rasa cintaku kepada yang tidak selayaknya. Cintaku terutama untu Dia, Muhammadku yang mulia, ibuku, bapaku, abang kakakku, adikku, sahabatku, bakal zaujahku *ehem ehem, fokus please*
Dan aku menyediakan hamparan amal matiku hanya untuk menuju Allah...
***
Hidup ini sungguh biol dan tak waras, manusia lebih suka berzanji janji indah kepada seorang luar yang tidak bertalian darah dan lain pula jantinanya, bahkan yang tak kita buat kepada mak ayah. Kita lebih komited untuk menyukakan seorang itu yang masih belum tentu penyeri hidup, atas cita-cita membahagiakan dia. Sanggup menjadi hambanya sedang kita telah hamba kepada Allah. Lebih gemar berikrar setia kepada si dia, yang tak pernah bersusah payah dalam kehidupan kita. Inilah dia, kehidupan giler yang aku maksudkan.
Jom, aku mengajak sahabat-sahabat, espeseli, yang sudah ada eksperiens yang seperti aku sebutkan kat atas tuh. Bila kita sudah ada si dia, semua yang kita buat, memang kerana dia, kan? kan? 'Demi mu, dek... Lautan api pun Abe selam, hoyeah!!'
Pada firasat hamba hina ini, tak layak pun si dia tu mendapat pemujaaan yang sedemikian rupa, UNLESS *ceh ceh, fokus fokus* kita dah memuja Allah sejuta kali lagi dahsyat dari tuh *mampu ke kau, bang?*
So, aku mengajak sahabat-sahabat pembaca yang aku sayang sangat kerana Allah s.w.t, *espesialy korangla tempat aku bermadu dakwah, tempat aku membajakan amal dakwah untuk hari muka, at least hidop aku xlah giler sangat, all is Lillahita'ala insyallah* untuk menendang si dia....(belum habis lagik) ke tepi sedikit, dan menjadikan Allah sebagai kekasih korang yang paling utama, dan memuja dia, lebih dahsyat daripada korang memuja si dia tadik... *Lagi ideal kalau si dia itu ditendang jauh-jauh lagi untuk memberi kepadaa yang lebih layak empunya sayang kita, espesiali mak ayah kite*
UNLESS (waaaah, leh buat pengecualian ek?*
Korang bukan pemimpi sorga, dan tidaklah kisah kalau once Allah said, 'Mok wo kau kan lagi ko sayang, sila-silalah kau mintak sorga dengan dia, jangan nak menyendeng ngan Aku'
atau
Ada cara lain lagi untuk ada manifestasikan cinta anda kepada Allah yang Maha Pengasih, Maha Adil, Maha Segalanya ^^
Wallahualam
Alhamdulillah wastaghfirullah
Assalamualaikum.... good ! i like
ReplyDeleteThanks zaza... inshallah, jadikan pedoman ^^
ReplyDeleteinsaaapppp~~~
ReplyDeletestp perkara yg kita buat mstilah niat kerana Allah..nice entry..
ReplyDeleteThanks Kyo and Nad, sudi menjengah blog giler ini... Moga menjadi pengajaran, dan kita saling berpesan-pesan ^^
ReplyDelete