Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Al-kesahnya aku ini adalah penunggang moto yang sejati *Rider till death!! Hoyeah* Memanglah dari rumah ke kolej, dari rumah ke spital, ke seberang merentas jambatan P.P pun, dengan menunggang motorku yang terchenta.
Iniler spesis moto aku yang aku bagi name elisiah. Kesian, tak sampai setahun, elisiah sudah lebam-lebam dekat ekzos dengan kit depan, bukan sebab kes dera, sebab aku penunggang lesen L yang kurang competent, telah tereksiden beberapa kali, bahkan telah mencalar-calarkan beberapa bijik keta termasuk spesis MyVi n City...lalalala..
Bifo *before versi orang giler* aku citer lagi lanjut, moto ni sangatlah bermakna untuk aku. Dalam tu ade titik peluh aku dan semua adik-beradik aku, of things that I will treasure until death, that my siblings, sangat-sangat sayang dan peduli sama ini budak nakal. *Thanks akak-akak n abang-abang, semoga bermanfaat jasad ini untuk kalian...sob..sob*
Oh, sebagai penunggang moto apalagi masih berlesen L, adelah sesuatu tanda sepeti cincin perkahwinan gitu antara aku dan Elisiah, helmet!!
Nak dijadikan citer, telah 2 kalilah helmet aku hilang... Bengkek hati sedih aku selaku rider junior diperlakukan sedemikian rupe...70 hinggit sebijik helmet tu, aku dah la student, elaun 770 hinggit jer -_-
Telah kehilangan dua bijik helmet yang seperti ini, thanks, stealers!!
Dan, setiap sesuatu itu berlaku ada hikmahnyer, ade pengajaran die.... Pertama kali hilang, di masjid waktu solat jumaat. Helmet tu aku tinggalkan aje dekat moto, tak dikepit dekan cushing... Maka hilanglah ia bila siap solat Jumaat *naseb baek baru lepas solat jumaat, taklah aku menyumpah-nyumpah atau berniat menyantau si pencuri, cuma meragui pencuri tu solat jumaat ke tak yang dia sanggup curi helmet aku....zasssss* Baliklah, aku berhelmetkan kopiah, adesss.. *kecut perut, takut kena tahan polis, mate pun berair, bukan sebab sedih sebab muka x dicover bile memecut...heee*
Dan hari ni, hari ni hilang sebijik lagi!! Lama jugaklah termenung kat moto *ekceli bukan termenung, tapi menunggu, mana tahu kalau-kalau, orang amek pinjam aje ke helmet aku tu (harapanlah...)* Hari ni, hilang kat McD Greenlane... Disebabkan dah belajar dari kesilapan lampau, aku kepitkan bawah cushing helmet itu, tapi hilang jugak!! Thanks, stealer -_-...
En ges wat? (and guess what versi orang giler) Kali ke-2 hilang, dah tak sedih macam kali pertama hilang helmet dulu, dah. Kali ni, aku mengadap ini semua dengan tenang penuh pasrah. Dan bersyukur sebab tak berulang kesalahan yang sama, tak ikat helmet dekat motor. So, sekurang-kurangnya, kehilangan tu, bukanlah sebab kelalaian semata-mata *tetapi kerana kemalasan nak mengangkut helmet macam belangkas...errr...errr*
Dan kehilangan ini, pastinya ujian buat aku, dan satu contoh yang sangat bermakna untuk aku, yang setiap dugaan yang Allah turunkan berkali-kali dan berulang-ulang, untuk aku menjadi lebih kuat menghadapinya, jadi lebih rasional menghadapinya, dan untuk aku memperbaiki diri atas setiap dugaan. Kalau dulu hilang sebab x ikat kat moto, skang dah ikat... So, in the fucer (future versi orang giler), insyallah akan aku berkepit dengan helmet tu, seperti aku berkepit dengan buku-buku medik, hoyeah!! *hiperbola giler berkepit dengan buku medik*
Setiap yang berlaku kepada kita ada yang tersirat,
kita cuma kena duduk sebentar dan berfikir serta bermuhasabah
atas setiap sesuatu yang menimpa kita...
Dan orang yang sentiasa bermuhasabah diri,
antara yang paling untung kat dunia ni,
Sebab dia sentiasa bertapak di bumi yang nyata...
Helmet ini jer yang mampu beli dalam kesengketan nih, dengan harapan xakan ilang lagi...
Ade keinginan yang kuat nak tulis dengan marker 'JANGAN CURI, BERDOSA' kat helmet ni, dahler warna putih
Alhamdulillah, dapat helmet baru... Settlelah masalah kecurian ni... Dan kepada stealers yang nakal-nakal, semoga bermanfaat helmet-helmet tuh untuk korang, dan tak berjangkitlah migrain aku kat korang ek *Migrain bukan penyakit berjangkit so u know*...jkjk, Semoga cepat insaf, dan sangat beharap helmet-helmet aku tu jadik sumber hidayah untuk korang....
Wallahualam
Alhamdulillah
sabar CheArep...hilang topi cepat berganti...hilang motor nangis x brenti...hehehe...lepas ni kalau hilang lg pkai jee helmet apollo yg x de span tu...klau hilang jgak helmet tu...msti yg ambik helmet tu pn helmet dia hilang...hehehe...
ReplyDelete