Friday, September 14, 2012

Uhibbukum Fillah

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh


Seorang sahabat, secara tibe-tibe menyapa aku dari belakang. Waktu tu, aku tengah rehat-rehat dekat lecture hall, penat pagi-pagi dekat ward. Doktor punyalah garang, salah sikit kena marah -.- *case presentation kene condemn habes... sape suruh xprepare*

So, mood aku memang tak best, dan sangat-sangat tak mahu diganggu. Entahlah, memang tak suka diganggu kalau stress, sebab selalu kalau orang tegur, memang tak best lah. Kalau tegur, baik-baik tak apa, asyik nak menyakat aje.. Memanglah, manis kalau good mood, meriah suasana, tapi kalau tengah stress, semut lalu depan mata pun rasa menyemak. Kalau difikir-fikirkan, memang orang zaman sekarang, macam tu, budaya dia budaya menyakat. Jarang kan jumpa orang yang macam bila jumpa kita, bagi salam, tanye 'how's your day today? good?', melainkan kalau orang yang tak rapat ngan kiter, yang baru nak rapat. Kalau yang dah rapat tu, tunggu kau kering la baru nak bagi salam bagai, yang selalu aku dengar 'Oi gemok, ko pe cer hari ni?' atau 'pehal kau makin boyot hari ni?'. Selalulah pertemuan tu diisi dengan perbualan yang berbunyi negatif.

Berbalik kepada cerita tadi, sahabat ni lebih kurang boyot macam aku. *mungkin perkaitan ni menjadikan dia lebih mudah faham aku. errr...errr...* Simple sahaja, besederhana, ceria, dan fun. Sahabat ni, tak ada ubahnya seperti sahabat-sahabat yang lain, selalu kalau kitorang berjumpa, saling memaki-hamun keboyotan masing-masing. *maki-hamun yang lembut tapi menusuk, perkataan seperti Bab1 dan seangkatan sangat la aku tak layan, dan sapa2 yang cakap macam tu dengan aku, jangan harap aku nak bertegur sapa maksimum 3 hari*

Dan selamba dia menepuk bahu aku lembut. Aku toleh dengan muka bengkek dan tension. Pandangan mata, macam nak makan orang *sangatlah famous aku ini dengan jelingan yang menusuk kalbu..fuuuh* Dia senyum comel, menyerlahkan kemontelan dia, dan dua perkataan sahaja, dan berbungalah hati ini penuh sebak. Rasa nak ajer aku peluk tubuh dia yang gempal seguni tu,tapi demi menjaga ke-macho-an di depan colleagues pompuan, aku senyum sweet kekurusan aje dekat dia...

'Uhibbukum Fillah'


Sweet giler kan? Nak menitis air mata. *tapi demi menjaga nama baik, tak menitik walau setitis air mata darah*

Mulai hari tu, aku pun bertekad, kalau nak berbual atau bertegur sapa, insyallah, takkan aku mulakan dengan perkataan-perkataan yang negatif. Kenapa kita perlu bercakap kasar-kasar, sedangkan kalau kita bercakap dengan perkataan yang baik-baik, kita boleh menyentuh hati kawan-kawan kita? kan? kan?

Alhamdulillah

2 comments: