Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanuh
Kehidupan ini sesuatu yang di luar jangkaan. Semalam, aku berdiri di titik ini memandang kepada sesuatu pada pandangan yang sedemikian. Dan hari ini, pada perkara yang sama, pandangan aku telah terpesong, berlainan dari yang semalam. Kerana kita manusia berakal, dan punya hati, lalu kita sentiasa berubah.
Antara hari ini dan semalam. Kita mungkin seorang pendosa yang telah memalingkan muka dari kasih dan rahmatNya. Dan hari ini, kita adalah seorang malaikat yang sedang tawaf disekitar keagunganNya.
Antara hari ini dan semalam. Kita cuma seorang singa, yang cuma memikirkan perut kosong. Hari ini kita seorang rahib yang berjalan dengan bait-bait sajak membesarkanNya.
Hidup ini cukup aneh. Seorang penderhaka juga bisa ke syurga, dan seorang yang mulia di dasar neraka. Kerana hidup ini sesuatu yang gila, ia tidak dalam jangkaan.
Kerana Allah sentiasa membolak-balikkan hati, dan akal akan sentiasa berfikir, kedua-duanya memahat pada keimanan.
6-110: Dan Kami (Allah) akan membolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak beriman kepadanya (al-Qur’an) sejak pertama kalinya, dan Kami (Allah) biarkan mereka kebingungan dalam kesesatan mereka.
No comments:
Post a Comment