Kata mak, kalau nak mulakan sesuatu, mulakan dengan bismillahirahmanirrahim, dan selalukan mengakhiri setiap perbuatan dengan alhamdulillah ^^ Itu kata mak waktu kecik-kecik dulu, especially sebelum berangkat ke sekolah pagi-pagi buta dalam sejuk pagi, mamai, mata macam mata apek cina; macam pejam terus tak blink!blink!
Sekarang dah dewasa, mak pun jarang pesan perkara ni, sebab mak cakap, 'ko dah beso panjang, bende basic lagu ni pon tak da la aku nak pesan sampai ko tuo, gilo apo?' Ihik...ihik... *Mak aku oghe kelate, dinogori-sombilankan atas dasar commission value*
Tapi kehidupan yang serba-serbi gila ini, membuatkan kita selalu sangat lupa. Mungkin terlalu sibuk, kita pun tak ada masa nak berbismillah-bismillah dengan beralhamdulillah-alhamdulillah ni, waima hati sendiri pun sibuk memikirkan assignment yang berlambak-lambak, patient ramai lagi tak clerk. hari ni kan present case dekat tutor, aish aish, i'm so busy, okeh... don't blame me if i forget. *sila sesuaikan contoh dengan kehidupan anda sendiri, saya medic student, anda bukan (ade unsur riak di situ, astaghfirullah)*
Terlalu banyak perkara basic yang dah berhabuk dalam peti yang tersimpan dalam kepala kita. Yang terlalu basic sehingga kita merasakan ianya tidak lagi penting.
Kalaulah kita tak tahu abc, barulah kita tahu betapa pentingnya abc dalam membaca, buat assignment, mesej pok wo & mok wo.
Nasib baiklah ALLAH MAHA BAIK, kalau tidak tak dapatlah kita buat kerja sehari-hari. Ehem, ehem... tapi Allah yang kita sayang sangat itu pun maha adil, dia memberikan yang setimpal. Mungkin kita masih boleh hidup sehari-hari dengan mengabaikan benda basic ni, tapi Allah tak menjadikan kita, hidup untuk dunia semata-mata, tapi untuk akhirat juga. Mungkin kita boleh buat kerja seharian-harian, tapi sayangnya, itu lah hidup giler yang merugikan dan tidak untung [Klik sini untuk tahu hidup gila yang menguntungkan], sebab yang kita dapat cuma ganjaran duniawi, bukan ganjaran untuk masa depan bila berpindah ke alam yang satu lagi. Rugi kan?
By the way, baru diceritakan tentang bismillah dan routine couple dia, alhamdulillah. Jom kita duduk sebentar, berfikir untuk iman dan amal, perkara basic apa lagi yang dah kita lupa dalam melayari kehidupan gila kita ni. Penting sebab, perkara basic ni, nampak lekeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan especially tang niat dan objektif hidup kita.
By the way, baru diceritakan tentang bismillah dan routine couple dia, alhamdulillah. Jom kita duduk sebentar, berfikir untuk iman dan amal, perkara basic apa lagi yang dah kita lupa dalam melayari kehidupan gila kita ni. Penting sebab, perkara basic ni, nampak lekeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan especially tang niat dan objektif hidup kita.
ALHAMDULILLAH...
salam,
ReplyDeletebetul
KLIK objektif PPSMI untuk kuasai sains matematik bukan komunikasi BI
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteYa, Bismillah dan Alhamdulillah sering kita lupa. Padahal benda tu basic, basic yg kita tahu. Tapi tahu hanya sekadar tahu. tidak diamalkan. Yeah, "amalan yang basic". we lack of that.
Terima kasih kerana mengingati ^^