Saturday, September 29, 2012

Hey Hey, pernah ker, Allah tak tolong?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wastaghfiruh waridhwanuh


Sungguh gila penduduk-penduduk dunia yang bakal hancur ini, mereka meratib bagai si gila, jika ada yang dia mahukan *result exam yang beterbangan warnanya, atau isteri yang best dan osem, hoyeah!!*, menjadi hamba yang saban hari meminta sesungguhnya kepada Allah... Dan bila yang dia mahu itu, sudah digenggaman, yang disembah itu telah hilang dalam kesibukan dunia mereka, tenggelam di balik berhala-berhala *games, movies, tb, drama korea, dan macam2* yang mereka habiskan masa dengannya, Allah telah hilang sehingga waktu ada lagi yang mereka mahu... Gila, mereka menghambakan tuhan mereka, dan menjadi hamba kepada yang bukan-bukan... Gulp

Hati tersentap

Sebaknya dada ini, kerana aku juga seorang dari mereka...

Wednesday, September 26, 2012

Kerana Allah: Aku dan Beberapa ekor Tenok Busuk n Kucing Chomel

Bismillahirahmanirrahim
AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuhWastagfiruhWaridhwanuh

Gilanya kehidupan ini, bila kita akan bangun mengganas (seperti hulk yang menghijau dan membeso) bila 'Allah' itu dimain-mainkan, sedangkan dalam kehidupan sehari-hari, Allah itu tersorok cuma dalam solat-solat (itu pun bercampur-baur, dengan pemikiran lain waktu solat seperti 'banyaknyer lagi tak baco, abehlah ward teaching lepas nih')... [Oh, itu pun kalau solat ler = = ']

Gulp..

Astaghfirullahalazim,...


Bangun!! Bangun!! Bangun!!


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuwamaghfiratuhwaridhwanuh


Bangun, bangun, bangun... Hidup ini sesuatu yang gila, ia melekakan kau dengan urusannya lalu kau dibutakan dari perkara yang hakiki. Sedang ia cuma sebutir pasir, yang terdampar di hamparan pantai yang seluas buana, ia menuntut untuk kau memujanya, sepertilah ia kekal selamanya, sedang bila datang waktunya, pasir itu akan dihembus bayu, ditiup hilang. Apakah tatkala waktu itu, baru kau tersedar, dan terpana pada kebutaanmu, melihatkan padang yang seluas semesta, sedang dunia yang kau sibukkan itu, telah berlalu pergi? Bangun, bangun, bangun!

Lihat pada waktu yang telah kau gunakan untukNya, kau bandingkan pula dengan waktu yang kau gunakan untuk memuja pada idola-idola hiburan pengganti berhala latta dan uzza, lihat pula pada waktu yang kau sia-siakan pada perlakuanmu yang tidak dipasakkan pada manfaat. Dan kau mahu menuntut syurga dengan itu?

Kau pikir sorga itu cukup murah, yang boleh kau beli dengan usahamu yang sedikit?

Bangun, bangun, bangun!! Bandingkan dengan usahamu untuk mendapatkan segulung ijazah, apa pernah kau bersengkang mata demi sebuah syurga? Bangun, bangun, bangun!!

Bangun, bangun, bangun!!

Alhamdulillah wastaghfirullah

Hari Rabu Yang Bisu: Perspektif III


Sunday, September 23, 2012

A happy day of friend's graduation ^^

Bismillahirahmanirrahim ^^

Hari sabtu (semalam), my childhood bestfriend's hari graduasi (rojak habeslah Ingris aku)....

Congratz to her, Aku tumpang gembira... Dalam kesengkekan ini, apalah yang boleh aku bagi, tapi perkhidmatan fotografi percuma ^^

Di sini, nak share gambar2 yang saya amek, boleh jadik motiv(b)asi untuk pembaca blog dan jugak semestinya aku sendiri ^^





































Monday, September 17, 2012

Helmet(-helmet) itu Tinggalkan Aku!!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Al-kesahnya aku ini adalah penunggang moto yang sejati *Rider till death!! Hoyeah* Memanglah dari rumah ke kolej, dari rumah ke spital, ke seberang merentas jambatan P.P pun, dengan menunggang motorku yang terchenta. 

Iniler spesis moto aku yang aku bagi name elisiah. Kesian, tak sampai setahun, elisiah sudah lebam-lebam dekat ekzos dengan kit depan, bukan sebab kes dera, sebab aku penunggang lesen L yang kurang competent, telah tereksiden beberapa kali, bahkan telah mencalar-calarkan beberapa bijik keta termasuk spesis MyVi n City...lalalala..


Bifo *before versi orang giler* aku citer lagi lanjut, moto ni sangatlah bermakna untuk aku. Dalam tu ade titik peluh aku dan semua adik-beradik aku, of things that I will treasure until death, that my siblings, sangat-sangat sayang dan peduli sama ini budak nakal. *Thanks akak-akak n abang-abang, semoga bermanfaat jasad ini untuk kalian...sob..sob*

Oh, sebagai penunggang moto apalagi masih berlesen L, adelah sesuatu tanda sepeti cincin perkahwinan gitu antara aku dan Elisiah, helmet!! 

Sunday, September 16, 2012

Ke Allah

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhwamagfiratuhwaridhwanuh



Ku ikat segalanya ke Allah. Jikalah bisa aku sentiasa mengawalnya, setiap hela nafas ini hanya ke Allah, setiap saat fikiranku ini ke Allah. Ku ikatkan segalanya ke Allah.

Solatku, ibadah-ibadahku telah ku redha persembahkan kepada Allah. Kalaulah bisa, ingin aku solat sentiasa sesempurnanya, seolah-olah kalimah-kalimah cinta dalam solatku itu adalah bisikan-bisikan rinduku ke Allah.  

Dan hidupku ini cuma ke Allah, setiap sesuatu tergerak hanya kerna aku ingin rahmatnya dia. Dan aku ingin membenci segala perkara yang menjauhi aku dari Dia, yang memesongkan rasa cintaku kepada yang tidak selayaknya. Cintaku terutama untu Dia, Muhammadku yang mulia, ibuku, bapaku, abang kakakku, adikku, sahabatku, bakal zaujahku *ehem ehem, fokus please*

Dan aku menyediakan hamparan amal matiku hanya untuk menuju Allah...

Perspective I

Bismillah, wa assalamualaikum,
Ade saper2 lagi kat sini, kaki amek gambar? Kalau bukan kaki amek gambar pon, mungkin tangan amek gambar? Okeh2... yang suka mengendeng-ngendeng untuk diambil gambar? *sedang imagine a few blogger friends bersinar-sinar mata dengan soalan terakhir, terutamanya mochamocha, dan beautylovaa

Saturday, September 15, 2012

Periuk Belanga




Orang melayu memang berlapik *at least dulu-dulu* yang bestnyer yang mendengar boleh faham tuh... Ayah aku pun seorang yang cakap berlapik, tapi sebab kekecewaan dia kepada anak-anak yang innocent dan buat-buat tak dengar, memang kemek la jantung dia bila dia bukak mulut bercakap macam zaman sultan melaka dulu.... 

Ini satu kisah berlapik yang sweet, yang diceritakan oleh syeikh Nuruddin al-Banjari dalam kuliah dia, dekat Masjid Negeri semalam,

Friday, September 14, 2012

Uhibbukum Fillah

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh


Seorang sahabat, secara tibe-tibe menyapa aku dari belakang. Waktu tu, aku tengah rehat-rehat dekat lecture hall, penat pagi-pagi dekat ward. Doktor punyalah garang, salah sikit kena marah -.- *case presentation kene condemn habes... sape suruh xprepare*

So, mood aku memang tak best, dan sangat-sangat tak mahu diganggu. Entahlah, memang tak suka diganggu kalau stress, sebab selalu kalau orang tegur, memang tak best lah. Kalau tegur, baik-baik tak apa, asyik nak menyakat aje.. Memanglah, manis kalau good mood, meriah suasana, tapi kalau tengah stress, semut lalu depan mata pun rasa menyemak. Kalau difikir-fikirkan, memang orang zaman sekarang, macam tu, budaya dia budaya menyakat. Jarang kan jumpa orang yang macam bila jumpa kita, bagi salam, tanye 'how's your day today? good?', melainkan kalau orang yang tak rapat ngan kiter, yang baru nak rapat. Kalau yang dah rapat tu, tunggu kau kering la baru nak bagi salam bagai, yang selalu aku dengar 'Oi gemok, ko pe cer hari ni?' atau 'pehal kau makin boyot hari ni?'. Selalulah pertemuan tu diisi dengan perbualan yang berbunyi negatif.

Berbalik kepada cerita tadi, sahabat ni lebih kurang boyot macam aku. *mungkin perkaitan ni menjadikan dia lebih mudah faham aku. errr...errr...* Simple sahaja, besederhana, ceria, dan fun. Sahabat ni, tak ada ubahnya seperti sahabat-sahabat yang lain, selalu kalau kitorang berjumpa, saling memaki-hamun keboyotan masing-masing. *maki-hamun yang lembut tapi menusuk, perkataan seperti Bab1 dan seangkatan sangat la aku tak layan, dan sapa2 yang cakap macam tu dengan aku, jangan harap aku nak bertegur sapa maksimum 3 hari*

Dan selamba dia menepuk bahu aku lembut. Aku toleh dengan muka bengkek dan tension. Pandangan mata, macam nak makan orang *sangatlah famous aku ini dengan jelingan yang menusuk kalbu..fuuuh* Dia senyum comel, menyerlahkan kemontelan dia, dan dua perkataan sahaja, dan berbungalah hati ini penuh sebak. Rasa nak ajer aku peluk tubuh dia yang gempal seguni tu,tapi demi menjaga ke-macho-an di depan colleagues pompuan, aku senyum sweet kekurusan aje dekat dia...

'Uhibbukum Fillah'


Sweet giler kan? Nak menitis air mata. *tapi demi menjaga nama baik, tak menitik walau setitis air mata darah*

Mulai hari tu, aku pun bertekad, kalau nak berbual atau bertegur sapa, insyallah, takkan aku mulakan dengan perkataan-perkataan yang negatif. Kenapa kita perlu bercakap kasar-kasar, sedangkan kalau kita bercakap dengan perkataan yang baik-baik, kita boleh menyentuh hati kawan-kawan kita? kan? kan?

Alhamdulillah

Muslim ker?

Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhwastaghfiratuhwaridhwanuh


'Once enter, no turning back' Ramai la yang bagi nasihat macam ni dekat aku bila banyak kali mengadu susahnya medik. Ada beribu sebab untuk quit dan nak mencari sebab untuk remain in, bapaklah susah. 

Sebab apa tak leh quit?
  • Dah banyak dah masa terkorban gara-gara mengecapi impian mak ayah, dan separuh impian diri
  • Banyak oi, sponsorhip dekat ngan rm one millliiiioooonnnnnairree!! Camne nak bayar kalau quit?
Itu antara sebab yang kuat kenapa takleh quit medik... That is why, once enter no turning back.

So, bermulalah commitment aku sebagai pelajar medik, berhempas pulas baca itu ini, cuba disiplinkan diri seadanya...

Aim, habiskan degree, dapatkan lesen dan jadi doktor yang baik dan berbakti ^^ Sweet kan?

Ekceli, baru beberapa tahun, aku mula komited untuk jadi doktor ni, mula lepas SPM sampai la sekarang 4th year medical school, lebih kurang 7 tahun aje. Tapi usaha, nak jadi doktor, fuhhh, tak hengat dunia beb... Masa 1st year aku semangat giler korek isi perut cadaver semata-mata nak tengok macam mana la rupa appendix tu macam mana. Tak tidur malam kot, sebab study...lebam lah mata... Aim, nak jadi doktor yang baik dan berbakti. *hidup senang dan menyenangkan family*

And ekceli, dalam hidup aku, ada satu lagi benda yang 'once enter, no turning back'... Which is a Muslim I am. Muslim sejak lahir seh... Aim: nak masuk syurga yang kekal abadi, nak berjiran dengan mak ayah, adik beradik, ngan sahabat-sahabat... *Siap pernah imagine dulu, masa duk duduk kat atas kerusi di kelilingi bidadari yang cantik cun melecun,  melambai-lambai ma ngan ayah duk berdating kat syurga dorang*

Tapi sayang, dalam 23 tahun ni, aku rasa, usaha aku untuk jadi doktor tu lagi intensive dari nak jadi seorang Muslim....

***

Inilah hidup gila, bila ada yang lebih besar dan hakiki perlu digapai, kita lebih mementingkan perkara kecil yang sementara, sedangkan, kalau dikejar yang besar itu, berlarilah yang kecil itu mendapatkan kita...

Alhamdulillah Wastaghfirullah

Antara Hari Ini Dan Semalam

Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanuh

Kehidupan ini sesuatu yang di luar jangkaan. Semalam, aku berdiri di titik ini memandang kepada sesuatu pada pandangan yang sedemikian. Dan hari ini, pada perkara yang sama, pandangan aku telah terpesong, berlainan dari yang semalam. Kerana kita manusia berakal, dan punya hati, lalu kita sentiasa berubah. 

Antara hari ini dan semalam. Kita mungkin seorang pendosa yang telah memalingkan muka dari kasih dan rahmatNya. Dan hari ini, kita adalah seorang malaikat yang sedang tawaf disekitar keagunganNya. 

Antara hari ini dan semalam. Kita cuma seorang singa, yang cuma memikirkan perut kosong. Hari ini kita seorang rahib yang berjalan dengan bait-bait sajak membesarkanNya.

Hidup ini cukup aneh. Seorang penderhaka juga bisa ke syurga, dan seorang yang mulia di dasar neraka. Kerana hidup ini sesuatu yang gila, ia tidak dalam jangkaan. 

Kerana Allah sentiasa membolak-balikkan hati, dan akal akan sentiasa berfikir, kedua-duanya memahat pada keimanan. 

6-110: Dan Kami (Allah) akan membolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak beriman kepadanya (al-Qur’an) sejak pertama kalinya, dan Kami (Allah) biarkan mereka kebingungan dalam kesesatan mereka.

Alhamdulillah waastaghfirullah 



Thursday, September 13, 2012

Aku dan Lecture Note

Bismillahirrahmanirrahim,

Hidup ini cukup gila, kerana dalam sehari-hari, keletihan dan lesu bekerja, tapi bila kita mahu melelapkan mata, kita melihat sehari lagi kehidupan yang kosong telah berlalu...

***

Bila baca lecture notes... Selalu aku skip a few pages permulaan slide. Itu dulu, mula-mula masuk kolej, sekarang no more. Seperti yang aku duk canang dalam entri sebelum ni, 

Kalaulah kita tak tahu abc, barulah kita tahu betapa pentingnya abc dalam membaca, buat assignment, mesej pok wo & mok wo. 
Selang berapa lamanya study, memang susah nak faham. Selalu lecture notes aku panjangnya lebih kurang 50 slides. Duk baca-baca, dengan penuh fokus dan confident, sampailah ke muka surat terakhir. Fuh, keluhan lega, sebab dah abes study ^^ 

Pap!! *bunyi laptop dilipat dengan kuatnyer*

Bam!! *bunyi badan aku dipelantingkan ke tilam. Bunyi 'bam' tiada kaitan dengan berat badan*

Errr... What I'm reading just now...

Lebih satu jam aku duk baca, dan bila cuba recall balik, yang keluar adalah bunyi cengkerik, dan usaha keras cuba menyebut term-term  latino *medik banyak term latin* yang baru dihafal, sehingga tergeliat lidah.

*Tapi aku terus jugak tidur, sebab keletihan...* Keletihan yang sia-sia, ruginyer usaha aku tadi, aish...

Dan sebagai seorang yang suka mengomel dan membebel, sehari tu, aku pergi membebel dekat seorang senior, yang sangat rapat dengan aku. Dan dia pun melastik aku sesuka hati dia 'Mung ni boddooo!! Lecturer susoh-susoh buak slides hok depang mung skip wat mende? Kalau mung bace hok depang tu, senang la sikit nok study' *senior aku bukan orang terengganu, atas dasar saje-saje, aku modify dialog dia*

Rupa-rupanya, beberapa helai slides yang selalu aku tinggal baca itu, sangat penting dalam proses pembacaan. 

OBJEKTIF 

Yup, objektif lecture note..  Kalaulah dari hari first aku tak skip beberapa muka surat tu, mesti senang aku belajar. Ada rangka, apa yang perlu tahu, tahu yang mana penting dan slides mane yang lecturer letak semata-mata untuk tunjuk dia lagi pandai dan rajin. Hurm, rugi kan? Ingat dah study hard leh la outshine dalam dewan kuliah... tapi lupe nak study smart.

Oh, ini kisah aku dengan lecture notes aku. Macam mana kisah korang dengan kehidupan pulak? Masih ingat objektif hidup? 

wallahualam

ALHAMDULLILLAH

Wednesday, September 12, 2012

Benda Basic yang Giler Gempak

Kata mak, kalau nak mulakan sesuatu, mulakan dengan bismillahirahmanirrahim, dan selalukan mengakhiri setiap perbuatan dengan alhamdulillah ^^ Itu kata mak waktu kecik-kecik dulu, especially sebelum berangkat ke sekolah pagi-pagi buta dalam sejuk pagi, mamai, mata macam mata apek cina; macam pejam terus tak blink!blink! 

Sekarang dah dewasa, mak pun jarang pesan perkara ni, sebab mak cakap, 'ko dah beso panjang, bende basic lagu ni pon tak da la aku nak pesan sampai ko tuo, gilo apo?' Ihik...ihik... *Mak aku oghe kelate, dinogori-sombilankan atas dasar commission value*

Tapi kehidupan yang serba-serbi gila ini, membuatkan kita selalu sangat lupa. Mungkin terlalu sibuk, kita pun tak ada masa nak berbismillah-bismillah dengan beralhamdulillah-alhamdulillah ni, waima hati sendiri pun sibuk memikirkan assignment yang berlambak-lambak, patient ramai lagi tak clerk. hari ni kan present case dekat tutor, aish aish, i'm so busy, okeh... don't blame me if i forget. *sila sesuaikan contoh dengan kehidupan anda sendiri, saya medic student, anda bukan (ade unsur riak di situ, astaghfirullah)*

Terlalu banyak perkara basic yang dah berhabuk dalam peti yang tersimpan dalam kepala kita. Yang terlalu basic sehingga kita merasakan ianya tidak lagi penting.

Kalaulah kita tak tahu abc, barulah kita tahu betapa pentingnya abc dalam membaca, buat assignment, mesej pok wo & mok wo. 

Nasib baiklah ALLAH MAHA BAIK, kalau tidak tak dapatlah kita buat kerja sehari-hari. Ehem, ehem... tapi Allah yang kita sayang sangat itu pun maha adil, dia memberikan yang setimpal. Mungkin kita masih boleh hidup sehari-hari dengan mengabaikan benda basic ni, tapi Allah tak menjadikan kita, hidup untuk dunia semata-mata, tapi untuk akhirat juga. Mungkin kita boleh buat kerja seharian-harian, tapi sayangnya, itu lah hidup giler yang merugikan dan tidak untung [Klik sini untuk tahu hidup gila yang menguntungkan], sebab yang kita dapat cuma ganjaran duniawi, bukan ganjaran untuk masa depan bila berpindah ke alam yang satu lagi. Rugi kan?

By the way, baru diceritakan tentang bismillah dan routine couple dia, alhamdulillah. Jom kita duduk sebentar, berfikir untuk iman dan amal, perkara basic apa lagi yang dah kita lupa dalam melayari kehidupan gila kita ni. Penting sebab, perkara basic ni, nampak lekeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan especially tang niat dan objektif hidup kita. 

ALHAMDULILLAH...