Friday, September 14, 2012

Antara Hari Ini Dan Semalam

Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanuh

Kehidupan ini sesuatu yang di luar jangkaan. Semalam, aku berdiri di titik ini memandang kepada sesuatu pada pandangan yang sedemikian. Dan hari ini, pada perkara yang sama, pandangan aku telah terpesong, berlainan dari yang semalam. Kerana kita manusia berakal, dan punya hati, lalu kita sentiasa berubah. 

Antara hari ini dan semalam. Kita mungkin seorang pendosa yang telah memalingkan muka dari kasih dan rahmatNya. Dan hari ini, kita adalah seorang malaikat yang sedang tawaf disekitar keagunganNya. 

Antara hari ini dan semalam. Kita cuma seorang singa, yang cuma memikirkan perut kosong. Hari ini kita seorang rahib yang berjalan dengan bait-bait sajak membesarkanNya.

Hidup ini cukup aneh. Seorang penderhaka juga bisa ke syurga, dan seorang yang mulia di dasar neraka. Kerana hidup ini sesuatu yang gila, ia tidak dalam jangkaan. 

Kerana Allah sentiasa membolak-balikkan hati, dan akal akan sentiasa berfikir, kedua-duanya memahat pada keimanan. 

6-110: Dan Kami (Allah) akan membolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak beriman kepadanya (al-Qur’an) sejak pertama kalinya, dan Kami (Allah) biarkan mereka kebingungan dalam kesesatan mereka.

Alhamdulillah waastaghfirullah 



Thursday, September 13, 2012

Aku dan Lecture Note

Bismillahirrahmanirrahim,

Hidup ini cukup gila, kerana dalam sehari-hari, keletihan dan lesu bekerja, tapi bila kita mahu melelapkan mata, kita melihat sehari lagi kehidupan yang kosong telah berlalu...

***

Bila baca lecture notes... Selalu aku skip a few pages permulaan slide. Itu dulu, mula-mula masuk kolej, sekarang no more. Seperti yang aku duk canang dalam entri sebelum ni, 

Kalaulah kita tak tahu abc, barulah kita tahu betapa pentingnya abc dalam membaca, buat assignment, mesej pok wo & mok wo. 
Selang berapa lamanya study, memang susah nak faham. Selalu lecture notes aku panjangnya lebih kurang 50 slides. Duk baca-baca, dengan penuh fokus dan confident, sampailah ke muka surat terakhir. Fuh, keluhan lega, sebab dah abes study ^^ 

Pap!! *bunyi laptop dilipat dengan kuatnyer*

Bam!! *bunyi badan aku dipelantingkan ke tilam. Bunyi 'bam' tiada kaitan dengan berat badan*

Errr... What I'm reading just now...

Lebih satu jam aku duk baca, dan bila cuba recall balik, yang keluar adalah bunyi cengkerik, dan usaha keras cuba menyebut term-term  latino *medik banyak term latin* yang baru dihafal, sehingga tergeliat lidah.

*Tapi aku terus jugak tidur, sebab keletihan...* Keletihan yang sia-sia, ruginyer usaha aku tadi, aish...

Dan sebagai seorang yang suka mengomel dan membebel, sehari tu, aku pergi membebel dekat seorang senior, yang sangat rapat dengan aku. Dan dia pun melastik aku sesuka hati dia 'Mung ni boddooo!! Lecturer susoh-susoh buak slides hok depang mung skip wat mende? Kalau mung bace hok depang tu, senang la sikit nok study' *senior aku bukan orang terengganu, atas dasar saje-saje, aku modify dialog dia*

Rupa-rupanya, beberapa helai slides yang selalu aku tinggal baca itu, sangat penting dalam proses pembacaan. 

OBJEKTIF 

Yup, objektif lecture note..  Kalaulah dari hari first aku tak skip beberapa muka surat tu, mesti senang aku belajar. Ada rangka, apa yang perlu tahu, tahu yang mana penting dan slides mane yang lecturer letak semata-mata untuk tunjuk dia lagi pandai dan rajin. Hurm, rugi kan? Ingat dah study hard leh la outshine dalam dewan kuliah... tapi lupe nak study smart.

Oh, ini kisah aku dengan lecture notes aku. Macam mana kisah korang dengan kehidupan pulak? Masih ingat objektif hidup? 

wallahualam

ALHAMDULLILLAH

Wednesday, September 12, 2012

Benda Basic yang Giler Gempak

Kata mak, kalau nak mulakan sesuatu, mulakan dengan bismillahirahmanirrahim, dan selalukan mengakhiri setiap perbuatan dengan alhamdulillah ^^ Itu kata mak waktu kecik-kecik dulu, especially sebelum berangkat ke sekolah pagi-pagi buta dalam sejuk pagi, mamai, mata macam mata apek cina; macam pejam terus tak blink!blink! 

Sekarang dah dewasa, mak pun jarang pesan perkara ni, sebab mak cakap, 'ko dah beso panjang, bende basic lagu ni pon tak da la aku nak pesan sampai ko tuo, gilo apo?' Ihik...ihik... *Mak aku oghe kelate, dinogori-sombilankan atas dasar commission value*

Tapi kehidupan yang serba-serbi gila ini, membuatkan kita selalu sangat lupa. Mungkin terlalu sibuk, kita pun tak ada masa nak berbismillah-bismillah dengan beralhamdulillah-alhamdulillah ni, waima hati sendiri pun sibuk memikirkan assignment yang berlambak-lambak, patient ramai lagi tak clerk. hari ni kan present case dekat tutor, aish aish, i'm so busy, okeh... don't blame me if i forget. *sila sesuaikan contoh dengan kehidupan anda sendiri, saya medic student, anda bukan (ade unsur riak di situ, astaghfirullah)*

Terlalu banyak perkara basic yang dah berhabuk dalam peti yang tersimpan dalam kepala kita. Yang terlalu basic sehingga kita merasakan ianya tidak lagi penting.

Kalaulah kita tak tahu abc, barulah kita tahu betapa pentingnya abc dalam membaca, buat assignment, mesej pok wo & mok wo. 

Nasib baiklah ALLAH MAHA BAIK, kalau tidak tak dapatlah kita buat kerja sehari-hari. Ehem, ehem... tapi Allah yang kita sayang sangat itu pun maha adil, dia memberikan yang setimpal. Mungkin kita masih boleh hidup sehari-hari dengan mengabaikan benda basic ni, tapi Allah tak menjadikan kita, hidup untuk dunia semata-mata, tapi untuk akhirat juga. Mungkin kita boleh buat kerja seharian-harian, tapi sayangnya, itu lah hidup giler yang merugikan dan tidak untung [Klik sini untuk tahu hidup gila yang menguntungkan], sebab yang kita dapat cuma ganjaran duniawi, bukan ganjaran untuk masa depan bila berpindah ke alam yang satu lagi. Rugi kan?

By the way, baru diceritakan tentang bismillah dan routine couple dia, alhamdulillah. Jom kita duduk sebentar, berfikir untuk iman dan amal, perkara basic apa lagi yang dah kita lupa dalam melayari kehidupan gila kita ni. Penting sebab, perkara basic ni, nampak lekeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan especially tang niat dan objektif hidup kita. 

ALHAMDULILLAH...