Friday, July 13, 2012

Harta Giler

Harta berlonggok-longgok. Dengarnyer sampai tak cukup lah satu peti besi sebesar keranda, kene request syarikat security buat lagi dua peti besi, yang memang special order la. Nak jugaklah aku cadangkan kalau dah banyak sangat harta tu, beli aje peti besi besar masjid, bukak aje bank.

Itu baru bercerita pasal harta yang tak cukup tempat nak tanam, belum masuk bab-bab rumah yang besar kalah istana. Bilik, banyak macam hotel, satu pekan muat nak duduk dalam rumah die je. 

Mesti korang tertanya-tanya, kerja apa orang yang aku duk sibuk mengumpat ni, kan? Mesti silh ganti, nak percaya ke tak, kan? Tapi percayalah, memang empunya jasad yang aku duk citer tu wujud dan sihat walafiat. 

Dan harta benda dia tu semua, memang banyak, sebab angan-angan memanglah borderless. Kalaulah Mat Jenin tu tak jatuh pokok kelapa, korang rasa, sampai mana agaknya dia berangan-angan? Kelapa, sebijik tak jatuh ke tanah, harta dah bertimbun-timbun kat kepala.

Dalam duk berangan-angan tak sudah tu (ceh, macam tajuk lagu Jay-Jay la plak), kita pun terlepas dua tiga puluh ribu saat, padahal masa tu lah harta giler yang semua orang ada, tapi habis camtu je, jadi modal berangan yang tak dapat untung. Inilah yang tok ayah cakap, hidup giler yang rugi.

Tengah sedap naik kereta BMW yang macam tok ketua pakai (kereta tok ketua tu cabuk je pun, tapi ye lah, masa tu kereta dia la yang paling up kat kampung tu), duk bawak Mek Nor jiran sebelah jalan-jalan, waktu tu la Tok Ayah melanding dengan enaknya tangan die kat kepala botak aku (waktu tu la botak, sekarang tak dah). Terbabas jugaklah kereta tu sebab mendadak dibrek sebelum lesap dari pikiran aku, heeee...

Waktu tu lah, tok ayah cakap, masa ni macam duit, boleh jugak dibuntingkan jadi keuntungan. Berangan tu tok ayah cakap kita bayar dengan masa tapi kita tak dapat pulangan. Sambil menggeleng kepala, tok ayah cakap, 'rugi, rugi...' Memanglah tok ayah ni mata duitan. 

Tapi, sebab duk ingat untung rugi yang tok ayah duk selalu bebelkan tu la, aku dapat gak masuk uni skang ni. Memanglah hidup giler ni, macam investment. 

Hidup Giler

Hi Alls, Dah berapa tahun korang hidup? 20 tahun? 30 tahun? 15 tahun? Pernah tak sekali korang duduk sekejap, pandang ke langit ke, ke tanah ke... Lepas tu tergelak sendiri bila teringat some experiences in life?

Kadang-kadang, bila otak dah tepu mengadap buku, ngan laptop, tarik nafas dalam-dalam, lepas tu zapp terlintas kat kepala pasal zaman-zaman hingusan dulu, masuk kebun tok ayah yang kedekut nak bagi buah rambutan dia yang free aje die bagi kat tupai. Duduk sedap-sedap makan atas pokok, kene jerkah kat tok ayah, tergolek kitorang jatuh pokok (naseb baik pokok tu rendang), main kejar-kejar ngan tok ayah yang duk hayun parang. Balik ingatkan dah settle, rupenyer tok ayah duk sedap landing depan beranda rumah, minum-minum ngan ma ayah. Ingat lagi, cara tok ayah senyum waktu tu, macam die cakap, 'now who get the last laugh, huh?' 

Sabar je la kene piat kat ayah hari tu, tapi aku dah berazam hari tu, yang esok aku nak rembat semua rambutan tok ayah. Tapi, esok pagi-pagi lagi lepas subuh, tok ayah datang rumah mintak ngan ayah ajak aku pergi kebun dia. Petang tu, satu bakul besar rambutan dia bagi kat aku, makan rambutan sorang-sorang sampai muaklah. Tiap kali ingat ayah piat semalam, lagi laju aku makan. Sekarang tok ayah pun dah tak de, tapi apa yang dia cakap hari tu, masa aku duk melantak tak ingat dunia sebakul rambutan tu, aku ingat sampai sekarang. 'Hidup ni, Rep, mainlah puas-puas, tapi ingat mainlah mainan yang menguntungkan kehidupan'. 

Puas jugaklah duk fikir, ape kejadahnya mainan yang menguntungkan kehidupan, tapi akhirnya tahulah jugak yang tok ayah nak cakap, hidup ni biar la giler-giler, tapi dalam giler-giler tu, kita kaut pahala dan manfaat hidup dunia akhirat. Thanks tok ayah, sebab tok ayah dah perturunkan falsafah tok ayah tu ler, hidup saya skang memang giler ^^